Yayasan

YAYASAN MUSLIMIN

  1. Pendidikan
  • Membantu atau memberi sumbangan kepada institusi-institusi pendidikan Islam rendah dan menengah di Malaysia.
  • Membiayai atau mengadakan kelas dan seminar pendidikan muamalat Islam supaya lebih ramai orang mendapat pendedahan ilmu mengenai sistem urusniaga Islam.
  • Menganjur atau membiayai seminar, kursus, forum dan lain-lain mengenai Koperasi mengikut prinsip-prinsip Islam.
  • Menerbit, menterjemah, membiayai penterjemahan buku-buku agama khususnya mengenai fikhul muamalat dan sebagainya.
  • Mengadakan usahasama dengan pusat-pusat pengajian dalam dan luar negeri untuk membuka cawangan atau pusat kembar  dalam atau luar negeri dalam bidang ilmu khusus untuk memenuhi keperluan masyarakat.
  • Memberi bantuan buku atau kitab agama dan peralatan pembelajaran dan lain-lain kepada sekolah-sekolah atau pusat-pusat pendidikan Islam.
  • Membantu pelajar-pelajar yang menuntut di pusat-pusat pengajian tinggi dalam dan luar negeri samada melalui hutang, dermasiswa, biasiswa atau sebagainya.
  • Menubuhkan Tabung Pendidikan Islam. Memberi bantuan- bantuan lain yang ada kaitan dengan pendidikan Islam.  
  1. Kebajikan
  • Membantu atau membiayai kegiatan-kegiatan kebajikan anjuran bersama Yayasan dengan pertubuhan-pertubuhan lain yang mempunyai tujuan yang sama dengan Yayasan.
  • Merancang dan menentukan jenis-jenis bantuan yang bermanfaat kepada golongan sengsara, lemah, uzur dan terbiar.
  • Membantu samada berbentuk wang, perbiayaan atau peralatan perubatan atau sebagainya kepada golongan yang kurang berkemampuan.
  • Membina dan rnembangunkan tempat-tempat kediaman yang sesuai untuk belia yang bekerja di bandar, anak yatim, balu-balu, orang-orang tua atau orang-orang yang berkelana di mana bimbingan dan asuhan ajaran Islam dapat disampaikan kepada mereka dengan berkesan.
  • Mengadakan tempat, kawasan pertanian, perladangan, penternakan atau industri kecil untuk memberi pekerjaan atau sumber rezeki kepada mereka yang ingin berdikari dalam kehidupan.
  • Mewujudkan tabung bantuan kemanusiaan untuk rakyat tempatan dan antarabangsa.
  • Lain-lain bantuan kebajikan yang boleh diketegorikan dalam pengertian al-bir (kebajikan) dan ihsan dalam Islam.
  1. Sosio-Ekonomi
  • Menimbulkan kesedaran kepada masyarakat untuk melibatkan diri dalam bidang ekonomi yang selaras dengan prinsip-prinsip Islam.
  • Pemilikan hartanah untuk mempertahan dan mengekalkan harta atau hak orang Islam.
  • Memberi kesedaran kepada masyarakat supaya mengusahakan tanah terbiar untuk dimajukan.
  • Mengembangkan penerimaan terhadap kaedah musyarakah, mudharabah dan sebagainya bagi menjamin keadilan dan amalan ekonomi mesyakat Islam.
  • Menyediakan kepakaran dan khidmat nasihat dalam bidang pertanian, perladangan, memajukan tanah-tanah milik orang- orang Islam khususnya.
  • Menyelaraskan aktiviti qurban, akikah dan sebagainya supaya lebih memberi manfaat kepada masyarakat.
  • Menyumbangkan tenaga khidmat nasihat kepada masyarakat untuk mengembangkan aktiviti penternakan.
  • Lain-lain aktiviti ekonomi yang boleh menaikkan taraf sosio-ekonomi masyarakat Islam.

 

Bil Nama Borang Wakaf
1. YAYASAN MUSLIMIN Borang