Wakaf Al-Quran Tafsir Jawi

Al-Quran Terjemahan Bahasa Melayu Versi Jawi sukar untuk kita dapati sekarang. Atas kesedaran bertapa perlunya penguasaan tulisan jawi kepada pusat-pusat pengajian pondok dan tahfiz khasnya, maka Penerbitan Dar Hakamah (PDH) telah menerbitkan Al-Quran Terjemahan Bahasa Melayu versi jawi.

Kami turut menawarkan program penajaan dan wakaf bagi membolehkan al-quran ini diedarkan kepada Institusi yang memerlukan.

Pelaksanaan wakaf adalah melalui kaedah Wakaf Tunai, dimana penyumbang memberikan sumbangan tunai yang akan kami uruskan untuk membeli buku dan diagihkan kepada pihak-pihak yang memerlukan dari semasa ke semasa.