Wakaf Al-Quran Mushaf Qiraat Asyaraa

AL-QURAN MUSHAF QIRAAT ASYARA

Al-Quran Qiraat ini diguna pakai oleh pelajar-pelajar Tahfiz dalam mempelajari Ilmu Tahfiz. Sehubungan dengan peningkatan pusat-pusat tahfiz, maka pihak kami terpanggil untuk membuat program Wakaf Khas, bagi membekalkan Al-Quran ini di pusat-pusat tahfiz.

ILMU QIRAAT
Ilmi Qiraat (bacaan) adalah salah satu ilmu daripada ilmu-ilmu yang berkaitan dengan al-Quran. Ilmu Qiraat mengajar bagaimana cara untuk menyebut ayat-ayat al-Quran mengikut riwayat-riwayat selain daripada riwayat imam Hafs daripada A’sim, riwayat yang kita amalkan setiap hari. Ilmu Qiraat yang diperkenalkan oeh 10 Imam Qurra` mempelbagaikan jenis-jenis bacaan, Ilmu qiraat merupakan ilmu yang harus diketahui oleh semua pencinta al-Quran khasnya, umumnya oleh semua orang Islam yang mukallaf.

CONTOH ISI KANDUNGAN DALAM AL-QURAN MUSHAF QIRAAT ASYARA

BACAAN SEPULUH YANG MUTAWATIR
Bacaan sepuluh yang mutawatir iaitu bacaan yang disandarkan kepada sepuluh imam al-qurra’ serta diriwayatkan oleh kumpulan manusia yang ramai. Bacaan sepuluh yang mutawatir ini terbahagi kepada dua kategori:

1). Al-Qiraat al-Asyr al-Kubra: Iaitu bacaan-bacaan sepuluh yang masyhur. Bacaan sepuluh masyhur adalah bacaan yang disandarkan kepad sepuluh imam yang al-Qurra’ yang terkenal.

2). Al-Qiraat al-‘Asyr al-Sughra: iaitu bacaan-bacaan sepuluh kecil. Bacaan-bacaan yang disandarkan kepada sepuluh imam al-Qurra’ yang sama tetapi gabungan dua sumber iaitu:
I. Al-Qiraat al-Sab’ iaitu bacaan-bacaan tujuh yang disandarkan kepada tujuh imam al-Qurra’ iaitu imam Nafi’, imam ‘Aasim, imam Ibnu Kathir, imam Abu ‘Amru, imam Ibnu ‘Aamir, imam Hamzah dan al-Kisaie. Bacaan ini telah dihimpunkan oleh imam al-Syatibi dalam Matan al-Syatibiah.
II. Al-Qiraat al-Thalath iaitu bacaan-bacaan tiga (melengkapkan bacaan tujuh) yang disandarkan kapada tiga imam al-Qurra’ iaitu imam Abu Ja’far, imam Ya’kub dan imam Khalaf al-‘Aasyir. Bacaan–bacaan ini telah dihimpunkan oleh imam al-Jazari dalam matannya (syair) yang disebut Matan al-Durrah.

Berikut istilah yang berkaitan dengan IlmuQiraat 10:
1. Qiraat: Iaitu yang disandarkan bacaan kepada salah seorang daripada imam-imam al-qurra’ yang mana bersambung (sanad) bacaan mereka kepada Nabi Muhammad S.A.W.
2. Imam: Iaitu orang yang disandarkan bacaan kepadanya serta menjadi ikutan umat khususnya bagi mereka yang sezaman dengannya.
3. Riwayat: Iaitu bacaan yang disandarkan kepada orang yang meriwayatkan bacaan daripada imam Qurra’.
4. Rawi: Iaitu orang yang meriwayatkan bacaan daripada imam Qurra’.
5. Tariq: Iaitu bacaan yang disandarkan kepada orang yang meriwayatkan bacaan daripada rawi, demikian juga orang yang meriwayatkan bacaan daripada rawi tersebut dinamakan sebagai tariq.
Penggunaan istilah tariq tidak dihususkan bagi mereka dan bacaan mereka sahaja, bahkan ia juga digunakan bagi bacaan dan generasi sesudah mereka sehingga ke bawah.