Perkim Negeri

Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) telah diasaskan oleh Almarhum YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dan didaftarkan pada 19 Ogos 1960. Selepas penubuhannya, Tunku telah dilantik sebagai penasihat sehingga tahun 1971 dan dipilih sebagai Presiden sehingga tahun 1989.

PERKIM di peringkat negeri dikenali sebagai PERKIM Bahagian. Terdapat 13 buah bahagian di seluruh negara kecuali Sabah. Pengurusan PERKIM Bahagian diketuai oleh Pengerusi PERKIM Bahagian yang dilantik dalam Mesyuarat Agung PERKIM Bahagian. Urusetia PERKIM Kebangsaan menyalurkan peruntukan untuk pengajian kakitangan dan juga untuk beberapa aktiviti tertentu di peringkat PERKIM Bahagian.

PERKIM juga mempunyai bahagian wanita yang dikenali sebagai Wanita PERKIM dan kedudukannya adalah setaraf dengan PERKIM Bahagian-bahagian.

Di peringkat bahagian pula wujud entiti cawangan di setiap daerah. Cawangan-cawangan ini diuruskan oleh Pengerusi Cawangan yang juga dipilih di dalam Mesyuarat Agung PERKIM Cawangan. Cawangan bertanggungjawab melapor segala gerak kerja kepada PERKIM Bahagian bagi memastikan ianya selari dengan dasar PERKIM Kebangsaan.

VISI

Menjadikan PERKIM sebagai NGO dakwah sejajar dengan Wawasan 2020

MISI

Menjadikan PERKIM sebuah NGO penggerak dakwah terunggul untuk memberi sokongan kepada institusi Islam di Malaysia dan antarabangsa

Lima elemen utama yang menggerakkan halatuju PERKIM adalah :

Dakwah
Menjalankan dakwah Islamiyah kepada orang-orang Islam dan bukan Islam dengan cara positif dan berkesan.

Pendidikan
Memberi, mengada, mengurus dan menjalankan pelajaran serta pendidikan Islam menerusi segala media dan segala jalan yang sah di sisi undang-undang.

Kebajikan
Menjalankan semua kerja kebajikan termasuk memberi bantuan, derma, biasiswa dan dermasiswa kepada sesiapa yang berkelayakan dan menjalankan lain-lain amal jariah kepada yang sakit, miskin, susah dan daif.

Kerjasama dalam bidang agama Islam
Menubuhkan perantaraan dan kerjasama dengan pertubuhan-pertubuhan dan badan-badan Islam yang lain demi kemajuan agama Islam.

Lain-lain
Menjalankan lain-lain kegiatan demi kepentingan dan kemajuan Islam.

Dalam merealisasikan objektif penubuhannya, PERKIM mempraktikkan penyebaran syiar dakwah Islamiah berdasarkan kerja-kerja kebajikan yang terbukti telah memberi manfaat kepada semua kelompok Masyarakat, sekaligus dapat meningkatkan imej Islam serta menghapuskan sebarang prasangka buruk terhadap Islam.


Bil Nama Borang Wakaf
1. PERKIM BAHAGIAN WILAYAH PERSEKUTUAN Borang
2. PERKIM BAHAGIAN NEĜERI SELANGOR Borang
3. PERKIM BAHAGIAN NEĜERI KEDAH Borang