Jam Taqwim Solat

Jam Taqwim Solat  ini merupakan jam waktu solat secara automatik (Elektronik) yang direka khas sebagai panduan untuk membantu umat Islam dalam penjagaan masa terutama dalam melaksanakan ibadah solat. Ianya amat sesuai untuk kegunaan masjid , surau , pejabat, rumah dan lain-lain lagi.

Sehubungan ini, pihak EWAKAF.MY mempelawa orang ramai yang berminat untuk menaja/berwakaf jam ini untuk kegunaan institusi-institusi yang telah dinyatakan di atas. Masih banyak lagi masjid dan surau yang memerlukan jam ini.